Wednesday 8 August 2018



KAEDAH KETIGA : المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 

DEFINISI :

Apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan. Tidak seperti asal. 

DALIL :

Allah SWT berfirman:

 وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya : "Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."

(Al-Hajj 22: Ayat 78)

Allah SWT berfirman:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا 

Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 286)


KEPENTINGAN :

1. اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan) 
2. الضرر يزال (Kemudaratan Mesti Dihapuskan) 
3. المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 
4. العادة محكمة (Adat Digunapakai Dalam Memutuskan Hukum) 
5. الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 

SEBAB-SEBAB KERINGANAN

a) Musafir

Contoh : Solat jama' dan qasar,  berbuka puasa

b) Sakit

Contoh : Meninggalkan Puasa,  bertayamum

C) Paksaan

Contoh: Syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur.

d) Lupa

Contoh : Seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.

e) Jahil

Contoh : Seorang penjual melambatkan proses jual beli kerana kejahilannya. 

JENIS-JENIS KERINGANAN

I) تخفيف إسقاط (Keringanan dengan menggugurkan kewajipan)

Contoh : Gugur solat Jumaat kerana ada halangan tertentu.

II)  تخفيف تنقيص (Keringanan dengan mengurangkan bebanan)

Contoh : Memendekkan solat Zohor atau Asar kepada dua rakaat.

III)   تخفيف إبدال (Keringanan dengan gantian atau penukaran)

Contoh : Ditukarkan wudhuk kepada bertayamum.

IV)  تخفيف تقديم (Keringanan dengan mendahulukan)

Contoh : Solat Jama' Taqdim

V)  تخفيف تأخير (Keringanan dengan mengakhirkan)

Contoh : Solat Jama' takhir

VI)  تخفيف ترخيص (Keringanan kerana terdesak dan terpaksa

Contoh : Minum arak kerana kehausan dan  ketiadaan air.

VII)  تخفيف تغيير (Keringanan dengan perubahan)

Contoh : Perubahan cara solat ketika berperang. 

No comments:

Post a Comment

KAEDAH KELIMA :  العادة محكمة (Adat Dijadikan Hakim) DEFINISI : العادة   - Bahasa :  العرف (amalan setempat) - Isti...