Wednesday 1 August 2018




KAEDAH KEDUA : اليقين لا يزال بالشك
(Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan) 

DEFINISI

1) Al-Yakin  (اليقين)

Bahasa : Tidak was-was

Istilah : Ketenangan hati atas sesuatu hakikat

2) Asy-Syak (الشك) 

Bahasa : Was-was / ragu-ragu

Istilah : Ragu-ragu antara dua perkara bertentangan

3) Al-Yakin La Yazulu Bi Syak 
(اليقين لا يزول بالشك) 

Perkara yang diyakini berlakunya (batal)  iaitu tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (دليل القطعي)  dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku). Maka,  tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka lebih lemah daripada yakin. 

DALIL-DALIL :

a) Al-Quran 

Allah SWT berfirman:

  وَاِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِيْ مِنَ الْحَـقِّ  شَيْئًـا

Maksudnya : "Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)."
(QS. An-Najm 53: Ayat 28)

b)  As- Sunnah

شكي رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم أنه يخيل إليه أنه   يجد الشيء في الصلاة، قال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا 
(رواه مسلم)

Maksudnya: Mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ada seseorang telah mendapatkan sesuatu saat melakukan solat.  Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Dia tidak boleh solat atau juga tidak boleh membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (kentut)".

c) Imam Nawawi

CONTOH

i)  Orang yang berada dalam keadaan suci,  kemudian dia syak, dia berhadas. Apakah hukumnya?

Jawapan :

Pendapat 1 : Imam Ahmad dan Imam Hanifah

= Suci sebab yakin tidak berhadas

Pendapat 2 : Imam Malik

= Wajib ke atasnya berwuduk dikiranya berhadas berdasarkan dalam kaedah (syak di dalam syarat)  (wuduk)  menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru, suci (طهارة) adalah syarat sah solat.

ii) Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain, kemudian orang yang berhutang itu syak. Adakah dia sudah jelaskan hutangnya?

Jawapan :

Hukum hutang tersebut kekal kerana yakin yang dia ada berhutang.

Kaedah ini terdiri daripada lima pecahan iaitu : 

1. الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Daripada Tanggungjawab)
2. الأصل بقاء ما كان على ما كان (Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya)
3. الأصل العدم (Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada)
4. الأصل في أشيأ إباحة (Hukum Asal Sesuatu Adalah Mubah Sehingga Ada Dalil Yang Melarangnya)
5. الأصل في الأبضاع التحريم (Hukum Asal Seagama Adalah Haram)


الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Dari Tanggungjawab) 


DEFINISI

الأصل : Kaedah yang berterusan

الذمة : Tanggungjawab

الأصل براءة الذمة :

a) Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci zimmahnya, (tiada tanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan. Keadaanya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengn kaedah asal.

b) Manakala orang yang mendakwa perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.

CONTOH :

Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam.

- Maka, dakwaannya diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة (Keadaan asal seseorang itu suci dari tanggungjawab)

- Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi.

DALIL :

Hadith Nabi :

البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Maksudnya : "Bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah perlu menafikan dakwaannya."


الأصل بقاء ما كان على ما كان 
(Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya) 


a)  استصحاب (Dari Masalah)

Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya. Digunakan ulama usul.

b) استصحاب الأصل

- Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap.

- Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu.

CONTOH :

*Munakahat

i.  Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu ke mana hilang.

- Hukumnya : Isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak lafaz cerai

ii.  Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak sama ada matahari telah terbenam atau belum

- Hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam

الأصل العدم 
(Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada) 


MAKNA :

- Suatu sifat tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama

- Kalau yang asal ada, hendaklah ikut pada yang asal

CONTOH :

i.  Terdapat selisih faham antara penjual dan pembeli. Satu pihak menyatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu tetapi satu pihak menafikan.

- Maka pihak yang menyatakan akad tidak diikat, tidak dikira kerana yang asalnya tiada.

ii.  Duit pelaburan lembu,
Pengusaha menyatakan bahawa tiada modal pada tahun tersebut manakala pemodal menyatakan bahawa keuntungan sepatutnya ada pada tahun itu.

-  Maka,  kita akan ikut hukum asal iaitu tiada modal untuk mengusahakan jual beli tersebut.

 الأصل في أشيأ إباحة
(Hukum Asal Sesuatu Adalah Mubah Sehingga Ada Dalil Yang Melarangnya) 

Kalau tiada nas yang sah atau terang yang menunjukkan haram, maka had tersebut tetap dikira seperti asal iaitu mubah.

DALIL

Allah SWT berfirman:

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ لَـكُمْ مَّا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا

Maksudnya: "Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 29)

Rasulullah S. A. W.  bersabda:

الحلال ما أحل الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفا لكم



Maksudnya "Yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam kitabNya, yang haram adalah yang Allah haramkan dalam kitabNya, dan apa saja yang di diamkannya, maka itu termasuk yang dimaafkan."


 الأصل في الأبضاع التحريم 
(Hukum Asal Seagama Adalah Haram) 

- Asal haram adalah melakukan persetubuhan seagama. 

- Persetubuhan deangan perempuan adalah haram kecuali dengan pernikahan.

Contoh :

i. Ali tidak yakin atau ragu dengan syarat nikah.  Maka, dia tidak boleh bersama kerana jatuhnya haram. 

ii. Perkahwinan bersama saudara susuan adalah haram. 

No comments:

Post a Comment

KAEDAH KELIMA :  العادة محكمة (Adat Dijadikan Hakim) DEFINISI : العادة   - Bahasa :  العرف (amalan setempat) - Isti...