Thursday 9 August 2018



 KAEDAH KEEMPAT : لا ضرر ولا ضرار
(Tidak Boleh memudaratkan Dan Membalas Kemudaratan) 


Kaedah ini terdiri daripada dua bahagian iaitu :

1) لا ضرر  (Tidak boleh memudaratkan)

2) ولا ضرار (Tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan yang lain)

PENJELASAN

لا ضرر  
(Tidak Boleh Memudaratkan)

- Jangan berlaku zalim kepada orang lain tanpa sebab; tidak kira pada orang itu sendiri atau hartanya.

- Berlaku zalim ialah haram dalam Islam.

- Mudarat yang tidak dibenarkan adalah mudarat yang menganiaya orang, walaupun barangkali terbit dari perbuatan yang harus.

ولا ضرار
(Tidak Boleh Membalas Kemudaratan Dengan Kemudaratan Yang Lain)

- orang yang teraniaya tidak boleh membalas kemudaratan yang dialaminya dengan mengambil keputusan sendiri. Dia hendaklah membawa kes ke mahkamah/ atau ke pihak berkuasa supaya dapat menuntut ganti rugi.

- contoh, Aranea bawa ex5 langgar myvi si Alani, Alani tidak boleh melanggar motor Aranea balik. Dia hendaklah menyelesaikan masalah tersebut secara baik atau buat laporan ke balai polis.

Contoh yang bersangkutan dengan kaedah dii atas ialah : 

- Kalau Alani langgar jugak ex5 Aranea, masing-masing perlu bayar ganti rugi apa yang telah dirosakkan.

Contoh perkara yang boleh mengekang kemudaratan.

i.  Kontrak ijarah (sewaan) perlu diteruskan walaupun telah selesai tempoh jika berlaku mudarat kepada penyewa dengan terhentinya  kontrak.

- Sebagai contoh, Abam Jukies menyewa tanah untuk tanam pokok musang king selama 30 bulan. Setelah tamat tempoh 30 bulan, musang king tersebut perlukan masa sedikit sahaja lagi untuk masak betul. Maka sewaan perlu diteruskan walaupun tiada dalam kontrak, tapi Abam Jukies kena bayar sewaan yang setimpal.

ii.  Keharusan khiyar rukya & syarat, hak shuf'ah, dan mengambil harta orang yang bakhil kepada anaknya (untuk diberi kepada anaknya)

iii.  Abu Yusuf (ketua qadhi zaman Harun ar-rashid, anak murid Imam Nukman) berpendapat, kalau ada badwi-badwi datang Kufah untuk beli makanan sebagai bekal musafir mereka yang mana ia boleh memudaratkan rakyat Kufah (makanan jadi tak cukup), rakyat Kufah boleh sorok barang (ihtikar). (Ihtikar asalnya haram)

iv.  Orang yang masyhur dengan seks bebas dan berkelakuan keji; mereka hendaklah dikurung sehingga nampak tanda mereka  mahu bertaubat. Hali ini adalah supaya mereka tidak memberi mudarat kepada masyarakat.

v.  Abu Yusuf berpendapat lagi bahawa:

- Zaman dulu, terdapat matawang dinar dan dirham. Kemudian datang satu masa, ada matawang baru; namanya fulus.

- Fulus ini adalah satu syiling yang dibuat dari logam yang bukan emas atau perak. Makin lama, fulus ini diterima masyarakat untuk beli barang-barang yang bernilai, bukan sekadar barang yang biasa-biasa.

- Penggunaanya sama taraf dengan dinar dan dirham yang mana ia boleh dibuat bayaran jual beli, juga boleh dipinjam.

- Namun begitu,  fulus ini terdedah kepada turun naik nilai. Maka ia jadi masalah dalam jual beli kredit dan pinjaman.

- Bagi Abi Yusuf, walaupun fulus ini nilainya boleh naik dan boleh jatuh, yang perlu dipegang adalah nilai fulus ini semasa akad jual beli termeterai, atau semasa pinjaman diberikan; bukan nilai semasa hendak membayar installment atau semasa hendak membayar hutang.

- Kaitannya, supaya tidak berlaku mudarat kepada pembeli atau peminjam ketika nilai fulus naik, dan tidak berlaku mudarat kepada penjual atau pemberi pinjam jika nilai fulus jatuh.

DALIL :

Hadith Rasulullah S. A. W. bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya : "Tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan. 

No comments:

Post a Comment

KAEDAH KELIMA :  العادة محكمة (Adat Dijadikan Hakim) DEFINISI : العادة   - Bahasa :  العرف (amalan setempat) - Isti...