Friday 10 August 2018



KAEDAH KELIMA :  العادة محكمة
(Adat Dijadikan Hakim)

DEFINISI :

العادة 

- Bahasa :  العرف (amalan setempat)

- Istilah : Sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang atau sesuatu perbuatan atau perkataan yang berterusan dilakukan oleh manusia yang mana ia dapat diterima oleh akal manusia. 

DALIL

1) al-Quran 


Allah SWT berfirman:


وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِيْ عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوْفِ
Maksudnya : "Dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 228)

2) as-Sunnah

خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف

Maksudnya : "Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma’ruf)."

3) Ijmak

 قول عبد الله بن مسعود رضي الله عنه : ما رآه المسلمون 
حسنا فهو عند الله حسن

Maksudnya : "Apa yang baik pada pandangan orang-orang muslim,  maka baik juga pada pandangan Allah."

KAEDAH-KAEDAH العادة محكمة 

1) المعروف عرفا كالمشروط شرطا (Sesuatu yang telah terkenal menurut 'Urf seperti sesuatu yang disyaratkan dengan sesuatu syarat)

2) التعيين بالمعرف كاتعيين بالنص (Menentukan dengan dasar 'Urf seperti menetukan dengan nas)

3) استعمال الناس يجب العمل بها (Apa yang dilakukan atau dilaksanakan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib diamalkan)


Thursday 9 August 2018



 KAEDAH KEEMPAT : لا ضرر ولا ضرار
(Tidak Boleh memudaratkan Dan Membalas Kemudaratan) 


Kaedah ini terdiri daripada dua bahagian iaitu :

1) لا ضرر  (Tidak boleh memudaratkan)

2) ولا ضرار (Tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan yang lain)

PENJELASAN

لا ضرر  
(Tidak Boleh Memudaratkan)

- Jangan berlaku zalim kepada orang lain tanpa sebab; tidak kira pada orang itu sendiri atau hartanya.

- Berlaku zalim ialah haram dalam Islam.

- Mudarat yang tidak dibenarkan adalah mudarat yang menganiaya orang, walaupun barangkali terbit dari perbuatan yang harus.

ولا ضرار
(Tidak Boleh Membalas Kemudaratan Dengan Kemudaratan Yang Lain)

- orang yang teraniaya tidak boleh membalas kemudaratan yang dialaminya dengan mengambil keputusan sendiri. Dia hendaklah membawa kes ke mahkamah/ atau ke pihak berkuasa supaya dapat menuntut ganti rugi.

- contoh, Aranea bawa ex5 langgar myvi si Alani, Alani tidak boleh melanggar motor Aranea balik. Dia hendaklah menyelesaikan masalah tersebut secara baik atau buat laporan ke balai polis.

Contoh yang bersangkutan dengan kaedah dii atas ialah : 

- Kalau Alani langgar jugak ex5 Aranea, masing-masing perlu bayar ganti rugi apa yang telah dirosakkan.

Contoh perkara yang boleh mengekang kemudaratan.

i.  Kontrak ijarah (sewaan) perlu diteruskan walaupun telah selesai tempoh jika berlaku mudarat kepada penyewa dengan terhentinya  kontrak.

- Sebagai contoh, Abam Jukies menyewa tanah untuk tanam pokok musang king selama 30 bulan. Setelah tamat tempoh 30 bulan, musang king tersebut perlukan masa sedikit sahaja lagi untuk masak betul. Maka sewaan perlu diteruskan walaupun tiada dalam kontrak, tapi Abam Jukies kena bayar sewaan yang setimpal.

ii.  Keharusan khiyar rukya & syarat, hak shuf'ah, dan mengambil harta orang yang bakhil kepada anaknya (untuk diberi kepada anaknya)

iii.  Abu Yusuf (ketua qadhi zaman Harun ar-rashid, anak murid Imam Nukman) berpendapat, kalau ada badwi-badwi datang Kufah untuk beli makanan sebagai bekal musafir mereka yang mana ia boleh memudaratkan rakyat Kufah (makanan jadi tak cukup), rakyat Kufah boleh sorok barang (ihtikar). (Ihtikar asalnya haram)

iv.  Orang yang masyhur dengan seks bebas dan berkelakuan keji; mereka hendaklah dikurung sehingga nampak tanda mereka  mahu bertaubat. Hali ini adalah supaya mereka tidak memberi mudarat kepada masyarakat.

v.  Abu Yusuf berpendapat lagi bahawa:

- Zaman dulu, terdapat matawang dinar dan dirham. Kemudian datang satu masa, ada matawang baru; namanya fulus.

- Fulus ini adalah satu syiling yang dibuat dari logam yang bukan emas atau perak. Makin lama, fulus ini diterima masyarakat untuk beli barang-barang yang bernilai, bukan sekadar barang yang biasa-biasa.

- Penggunaanya sama taraf dengan dinar dan dirham yang mana ia boleh dibuat bayaran jual beli, juga boleh dipinjam.

- Namun begitu,  fulus ini terdedah kepada turun naik nilai. Maka ia jadi masalah dalam jual beli kredit dan pinjaman.

- Bagi Abi Yusuf, walaupun fulus ini nilainya boleh naik dan boleh jatuh, yang perlu dipegang adalah nilai fulus ini semasa akad jual beli termeterai, atau semasa pinjaman diberikan; bukan nilai semasa hendak membayar installment atau semasa hendak membayar hutang.

- Kaitannya, supaya tidak berlaku mudarat kepada pembeli atau peminjam ketika nilai fulus naik, dan tidak berlaku mudarat kepada penjual atau pemberi pinjam jika nilai fulus jatuh.

DALIL :

Hadith Rasulullah S. A. W. bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya : "Tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan. 

Wednesday 8 August 2018



KAEDAH KETIGA : المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 

DEFINISI :

Apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan. Tidak seperti asal. 

DALIL :

Allah SWT berfirman:

 وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya : "Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."

(Al-Hajj 22: Ayat 78)

Allah SWT berfirman:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا 

Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 286)


KEPENTINGAN :

1. اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan) 
2. الضرر يزال (Kemudaratan Mesti Dihapuskan) 
3. المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 
4. العادة محكمة (Adat Digunapakai Dalam Memutuskan Hukum) 
5. الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 

SEBAB-SEBAB KERINGANAN

a) Musafir

Contoh : Solat jama' dan qasar,  berbuka puasa

b) Sakit

Contoh : Meninggalkan Puasa,  bertayamum

C) Paksaan

Contoh: Syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur.

d) Lupa

Contoh : Seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.

e) Jahil

Contoh : Seorang penjual melambatkan proses jual beli kerana kejahilannya. 

JENIS-JENIS KERINGANAN

I) تخفيف إسقاط (Keringanan dengan menggugurkan kewajipan)

Contoh : Gugur solat Jumaat kerana ada halangan tertentu.

II)  تخفيف تنقيص (Keringanan dengan mengurangkan bebanan)

Contoh : Memendekkan solat Zohor atau Asar kepada dua rakaat.

III)   تخفيف إبدال (Keringanan dengan gantian atau penukaran)

Contoh : Ditukarkan wudhuk kepada bertayamum.

IV)  تخفيف تقديم (Keringanan dengan mendahulukan)

Contoh : Solat Jama' Taqdim

V)  تخفيف تأخير (Keringanan dengan mengakhirkan)

Contoh : Solat Jama' takhir

VI)  تخفيف ترخيص (Keringanan kerana terdesak dan terpaksa

Contoh : Minum arak kerana kehausan dan  ketiadaan air.

VII)  تخفيف تغيير (Keringanan dengan perubahan)

Contoh : Perubahan cara solat ketika berperang. 

Wednesday 1 August 2018




KAEDAH KEDUA : اليقين لا يزال بالشك
(Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan) 

DEFINISI

1) Al-Yakin  (اليقين)

Bahasa : Tidak was-was

Istilah : Ketenangan hati atas sesuatu hakikat

2) Asy-Syak (الشك) 

Bahasa : Was-was / ragu-ragu

Istilah : Ragu-ragu antara dua perkara bertentangan

3) Al-Yakin La Yazulu Bi Syak 
(اليقين لا يزول بالشك) 

Perkara yang diyakini berlakunya (batal)  iaitu tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (دليل القطعي)  dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku). Maka,  tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka lebih lemah daripada yakin. 

DALIL-DALIL :

a) Al-Quran 

Allah SWT berfirman:

  وَاِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِيْ مِنَ الْحَـقِّ  شَيْئًـا

Maksudnya : "Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)."
(QS. An-Najm 53: Ayat 28)

b)  As- Sunnah

شكي رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم أنه يخيل إليه أنه   يجد الشيء في الصلاة، قال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا 
(رواه مسلم)

Maksudnya: Mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ada seseorang telah mendapatkan sesuatu saat melakukan solat.  Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Dia tidak boleh solat atau juga tidak boleh membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (kentut)".

c) Imam Nawawi

CONTOH

i)  Orang yang berada dalam keadaan suci,  kemudian dia syak, dia berhadas. Apakah hukumnya?

Jawapan :

Pendapat 1 : Imam Ahmad dan Imam Hanifah

= Suci sebab yakin tidak berhadas

Pendapat 2 : Imam Malik

= Wajib ke atasnya berwuduk dikiranya berhadas berdasarkan dalam kaedah (syak di dalam syarat)  (wuduk)  menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru, suci (طهارة) adalah syarat sah solat.

ii) Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain, kemudian orang yang berhutang itu syak. Adakah dia sudah jelaskan hutangnya?

Jawapan :

Hukum hutang tersebut kekal kerana yakin yang dia ada berhutang.

Kaedah ini terdiri daripada lima pecahan iaitu : 

1. الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Daripada Tanggungjawab)
2. الأصل بقاء ما كان على ما كان (Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya)
3. الأصل العدم (Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada)
4. الأصل في أشيأ إباحة (Hukum Asal Sesuatu Adalah Mubah Sehingga Ada Dalil Yang Melarangnya)
5. الأصل في الأبضاع التحريم (Hukum Asal Seagama Adalah Haram)


الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Dari Tanggungjawab) 


DEFINISI

الأصل : Kaedah yang berterusan

الذمة : Tanggungjawab

الأصل براءة الذمة :

a) Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci zimmahnya, (tiada tanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan. Keadaanya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengn kaedah asal.

b) Manakala orang yang mendakwa perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.

CONTOH :

Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam.

- Maka, dakwaannya diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة (Keadaan asal seseorang itu suci dari tanggungjawab)

- Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi.

DALIL :

Hadith Nabi :

البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Maksudnya : "Bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah perlu menafikan dakwaannya."


الأصل بقاء ما كان على ما كان 
(Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya) 


a)  استصحاب (Dari Masalah)

Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya. Digunakan ulama usul.

b) استصحاب الأصل

- Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap.

- Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu.

CONTOH :

*Munakahat

i.  Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu ke mana hilang.

- Hukumnya : Isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak lafaz cerai

ii.  Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak sama ada matahari telah terbenam atau belum

- Hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam

الأصل العدم 
(Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada) 


MAKNA :

- Suatu sifat tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama

- Kalau yang asal ada, hendaklah ikut pada yang asal

CONTOH :

i.  Terdapat selisih faham antara penjual dan pembeli. Satu pihak menyatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu tetapi satu pihak menafikan.

- Maka pihak yang menyatakan akad tidak diikat, tidak dikira kerana yang asalnya tiada.

ii.  Duit pelaburan lembu,
Pengusaha menyatakan bahawa tiada modal pada tahun tersebut manakala pemodal menyatakan bahawa keuntungan sepatutnya ada pada tahun itu.

-  Maka,  kita akan ikut hukum asal iaitu tiada modal untuk mengusahakan jual beli tersebut.

 الأصل في أشيأ إباحة
(Hukum Asal Sesuatu Adalah Mubah Sehingga Ada Dalil Yang Melarangnya) 

Kalau tiada nas yang sah atau terang yang menunjukkan haram, maka had tersebut tetap dikira seperti asal iaitu mubah.

DALIL

Allah SWT berfirman:

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ لَـكُمْ مَّا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا

Maksudnya: "Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 29)

Rasulullah S. A. W.  bersabda:

الحلال ما أحل الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفا لكم



Maksudnya "Yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam kitabNya, yang haram adalah yang Allah haramkan dalam kitabNya, dan apa saja yang di diamkannya, maka itu termasuk yang dimaafkan."


 الأصل في الأبضاع التحريم 
(Hukum Asal Seagama Adalah Haram) 

- Asal haram adalah melakukan persetubuhan seagama. 

- Persetubuhan deangan perempuan adalah haram kecuali dengan pernikahan.

Contoh :

i. Ali tidak yakin atau ragu dengan syarat nikah.  Maka, dia tidak boleh bersama kerana jatuhnya haram. 

ii. Perkahwinan bersama saudara susuan adalah haram. 

Tuesday 10 July 2018

Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah terdiri daripada lima kaedah umum yang dipersetujui oleh jumhur ulama Fiqh iaitu:

1. الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 
2. اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan) 
3. لا ضرر ولا ضرار (Tidak Boleh Memudaratkan Dan Membalas Kemudaratan) 
4. المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 
5. العادة محكمة (Adat Digunapakai Dalam Memutuskan Hukum) 


KAEDAH PERTAMA: الأمور بمقاصدها 
(Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 

DEFINISI

1. Al- Umur (الأمور) 

Jamak al-Umur (جمع الأمور) iaitu lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat.

2. Al-Maqasid (المقاصد) 

Jamak al-Maqasid (جمع المقاصد) iaitu berasal daripada perkataan al-qasdu (القصد) yang bermaksud niat.

3. Al-Umur Bi Maqasidiha (الأمور بمقاصدها) 

Segala perbuatan tingkah laku atau urus niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat.

DALIL-DALIL

a) al-Quran

Allah SWT berfirman:

 وَمَنْ يَّخْرُجْ مِنْۢ بَيْتِهٖ مُهَاجِرًا اِلَى اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ اَجْرُهٗ عَلَى اللّٰهِ  ۗ  وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْم

Maksudnya: "Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 100)

b) as-Sunnah

حديث عمر بن الخطاب رضى الله عنه، قال: سمعت رسول اللهم صلى الله عليه وسلم يقول: "انما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
(رواه البخاري)

Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan)  Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan)  Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. "

RUKUN KAEDAH

Al-Umur (الأمور) : lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar daripada manusia.

Bi Maqasidiha (بمقاصدها) : sah atau batalnya sesuatu perkara  yang bergantung kepada niat.

SYARAT-SYARAT

1. Kaedah ((القاصد)) / ((المكلف)) 

* Islam
* Tukang niat / mukallaf
* Ahliah (الأهلية)
    - Berakal
    - Baligh
    - Mumayyiz

2. Maksud (( عملا)) 

* Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat.  Jika seseorang itu jahil, tidak sah ibadat.

* Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf daripada sudut akal syarak dan adat.

* Hendaklah perbuatan tertentu.

* Hendaklah diusahakan diri sendiri

3. Al-Qasad (niat) 

* Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah.

* Serentak dengan perkara yang diniatkan

* Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat.

* Yakin dengan niat

* Ikhlas kerana Allah Ta'ala

- Contoh: niat untuk membatalkan solat
Menurut mazhab Syafie, sekiranya berniat untuk .membatalkan solat, maka batal solat tersebut. 

TEMPAT DAN WAKTU NIAT

* Tempat : Di dalam hati tidak sekadar lafaz. Lafaz niat yang dilakukan Nabi Muhammad S. A. W.  adalah dalam ibadat haji sahaja.
-Menurut mazhab Syafie, sunat untuk lafaz niat supaya membantu ketetapan hati.

* Waktu Niat : Di awal ibadat.

Kenapa disyariatkan untuk berniat

* Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

* Untuk bezakan perbuatan dengan yang lain.

* Untuk membezakan adat dan ibadat

* Untuk membezakan antara darjat sesuatu ibadat.


العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني

Maksud : Perkara yang diambil kira di dalam akad (kontrak) adalah maksud dan kandungan maknanya bukan dengan lafaz.

Contoh :

i. Seorang berkata pada yang lain, aku hibahkan barang ini dengan kadar sekian-sekian/ dengan syarat kamu hendaklah beri sekian-sekian. Maka, jadilah akad jual beli (Pandangan Mazhab Hanafi dan Maliki)

ii. Akad perkahwinan bertujuan untuk tahlil adalah tidak sah.

Adakah niat mengkhususkan lafaz am / mengamkan lafaz khas?

Lafaz al-Am (العام)

Bahasa : Perkara yang merangkumi sama ada lafaz atau bukan lafaz

Istilah : Lafaz yang merangkumi setiap perkara yang boleh dimasukkan di dalamnya secara sekali gus tanpa batasan.

Lafaz al-Khas (الخاص)

Bahasa : individu (الفرد)

Istilah : Mengeluarkan sebahagian perkara yang asalnya termasuk dalam perkara tersebut.

Takhsis (تخصيص) : Proses mengkhususkan yang am.

KAEDAH KELIMA :  العادة محكمة (Adat Dijadikan Hakim) DEFINISI : العادة   - Bahasa :  العرف (amalan setempat) - Isti...